Roti Jala Inti Berlauk Resepi Emak


Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini saya nak kongsikan resepi makanan tea break yang sangat popular di Malaysia. Resepi hari ini adalah roti jala inti berlauk. Idea nak buat roti jala inti berlauk ni saya dapat dari emak saya. Biasanya kita makan roti jala dengan kuah kari atau kuah maniskan. Tapi kali ni saya buat roti jala yang ada inti di dalamnya. Untuk bahan inti boleh gantikan ayam dengan daging atau udang dan boleh pelbagaikan dengan menambah apa-apa bahan yang sesuai mengikut citarasa dan selera masing-masing. Selamat mencuba!

Sebelum korang cuba buat resepi roti jala inti berlauk ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

Bahan untuk bancuhan roti jala:

  • 2 1/4 cawan Tepung Gandum
  • 1 1/2 cawan Air
  • 1 cawan Susu Cair
  • 1 sudu besar Minyak Masak
  • 1-2 titik Pewarna Makanan
  • 1 sudu besar Rasa Sifu @myajinomoto

Bahan untuk inti:

  • 1 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 4-5 helai Daun Kari
  • 1 sudu besar Serbuk Kari
  • 150 gm Ayam
  • 300 gm Kentang
  • ½ batang Lobak Merah
  • 1 sudu kecil Rasa Sifu @myajinomoto
  • 1-3 biji Cili Merah
  • 1 tangkai Daun Sup

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula sediakan inti dahulu. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari. Kacau sehingga sedikit garing.
  2. Kemudian, masukkan serbuk kari yang telah dibancuhkan dengan sedikit air. Biarkan sampai pecah minyak.
  3. Setelah itu, masukkan ayam cincang dan kacau rata. Masukkan kentang dan biarkan kentang separuh lembut. Masukkan lobak merah dan masak sehingga semuanya lembut. Tambahkan rasa sifu sebagai perasa dan kacau sehingga inti kering. Masukkan cili merah dan daun sup. Kacau sekejap dan boleh tutup api dan angkat. Ketepikan dahulu.
  4. Seterusnya, sediakan bancuhan untuk roti jala pula. Bancuhkan tepung gandum dengan air dan susu cair. Masukkan minyak masak, pewarna makanan dan rasa sifu. Kacau kesemua bahan sehingga sebati. Boleh tapis supaya tiada tepung yang berketul-ketul.
  5. Sediakan kuali, sapukan dengan sedikit minyak dan jalakan adunan tepung tadi. Boleh jalakan agak rapat supaya inti tidak mudah terkeluar.
  6. Setelah masak, boleh angkat dan letakkan inti tadi dan gulungkan dengan kemas. Buat sehingga habis. Siap! Sedia untuk dimakan.

Tips:

  • Gunakan susu cair@susu segar (full cream pun boleh) supaya roti lembut lebih lama dan tak hanyir sebab adunan tak menggunakan telur.
  • Masukkan air sikit demi sikit supaya adunan roti tak terlebih cair (tak perlu habiskan air kalau adunan dah ok).
  • Tapis atau kisar adunan roti jala supaya tiada tepung yang berketul.
  • Boleh ubah dan sesuaikan bahan-bahan inti mengikut citarasa dan selera masing-masing.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo