Non Baked Chocolate Cheesecake | Kek Keju Coklat Tanpa Bakar, Tanpa Gelatin

Assalamualaikum dan hi semua. Kadang-kadang kita terasa nak makan cheesecake dan ingin cuba membuatnya sendiri, tapi bila fikirkan semula kerumitan untuk membuatnya, pasti korang akan mengeluh kerana ada sesetengah jenis cheesecake menggunakan bahan-bahan yang banyak dan cara penyediaannya pula agak susah. Namun, korang tak perlu risau kerana saya nak kongsikan resepi cheesecake yang mudah iaitu non baked chocolate cheesecake atau kek keju coklat tanpa bakar dan tanpa menggunakan gelatin. Kebiasaannya kalau cheesecake yang tidak guna gelatin, dia akan jadi lembik sedikit. Kalau nak keras, boleh letak dalam peti ais di tempat beku.

Bukan sahaja cheesecake ni tak perlu di bakar, namun apa yang paling menarik adalah resepi ini boleh di olah mengikut citarasa kita sendiri. Untuk memastikan non baked chocolate cheesecake ni sedap, pastikan korang menggunakan keju premium dan berkualiti tinggi. Begitu juga dengan pemilihan coklat, pastikan guna coklat yang berkualiti dan sedap seperti berryl’s, callebaut, van houten dan sebagainya. Coklat juga memainkan peranan penting dalam resepi ni bagi menentukan kesedapan cheesecake ni.

Biskut oreo yang dijadikan sebagai dasar cheesecake ni boleh digantikan dengan biskut lain seperti biskut digestive, biskut marie atau lain-lain, cuma perlu lebihkan sedikit mentega jika menggunakan biskut tanpa krim. Untuk bahagian atas kek ni, saya gunakan non-dairy whipping cream sebab rasanya macam aiskrim sikit. Tapi kalau tak jumpa atau takde non-dairy whipping cream, boleh jugak guna dairy whipping cream yang biasa. Tetap sedap jugak rasa dia. So, bagi penggemar cheesecake wajib cuba resepi ni. Nak rasa cheesecake yang lebih mewah, boleh cuba resepi chocolate cheesecake ni.

Sebelum korang nak try buat resepi non-baked chocolate cheesecake ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara penyediaan dan cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo dan jangan ketinggalan untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Non Baked Chocolate Cheesecake:

Bahagian bawah (crust)

  • 200 gram Oreo (dikisar) –
  • 50 ml Butter (dicairkan)

Bahagian atas (cheese dan chocolate)

  • 250 gram Coklat Hitam (dark chocolate)
  • 250 gram Krim Keju
  • 80 gram Gula Icing
  • 1 sudu teh Esen Vanilla
  • 300 ml Krim Putar Bukan Tenusu (non-dairy whipping cream)

Cara-Cara Untuk Membuat Non Baked Chocolate Cheesecake:

  1. Kisarkan oreo menggunakan mesin pengisar atau isikan dalam plastik dan ketuk-ketuk sehingga hancur (asingkan sedikit untuk hiasan atas kek nanti).
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan oreo ke dalam loyang (loose-base pan). Alaskan dengan baking paper terlebih dahulu. Simpan di dalam peti ais seketika.
  4. Sementara itu sediakan bahagian atasnya. Cairkan coklat hitam menggunakan kaedah double boiler. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
  5. Kemudian, pukulkan krim keju, gula icing dan esen vanilla sehingga sebati.
  6. Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.
  7. Seterusnya, pukul pula non-dairy whipping cream sehingga kental dan campurkan adunan cheese tadi dan putar lagi sehingga semuanya sebati.
  8. Keluarkan loyang yang berisi oreo tadi dari peti ais dan masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Taburkan oreo kisar ke atasnya atau boleh hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
  10. Bekukan cheesecake sekurang-kurangnya 4 jam atau sehingga keras. Siap untuk dihidangkan.

Tips:

  • Untuk mendapatkan potongan cheesecake yang cantik dan licin, rendam pisau di dalam air panas dan lap pisau setiap kali untuk membuat potongan pada cheesecake.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo